Muat naik gambar bendera Israel dengan kapsyen macam ni, Baby Shima teruk kena kritik dengan warganet

Penyanyi dangdut Baby Shima memuat naik hantaran yang menunjukkan sokongannya terhadap negara Palestin yang kini sedang bergolak. Namun begitu, hantarannya itu membuat segelintir warganet keliru di mana dia berkongsi foto bendera Israel. “Praying For Israel. May Allah remove Isra-el from earth Ameen,” tulisnya. Susulan itu, tindakannya itu ditegur oleh segelintir warganet dan juga pelakon dan penyanyi Janna Nick. Malah, Janna meminta Shima untuk berhenti membuat content sebegitu kerana ia bukan perkara yang boleh dibuat gurauan. “Stop buat content macam ni. This is not a joke. Tq,” komen Janna.

Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang turut kurang senang dengan hantaran Shima itu dan menyifatkan dirinya tidak mempunyai sensitiviti dan menggelarnya ‘attention seeker’

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version