Tular gambar suami isteri berbangsa cina bersihkan kbr dan batu nisan, wanita tampil kongsikan kisah sebenar

Di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah sedih mengenai kasih sayang seorang ibu dan ayah terhadap arwah anak mereka meskipun berbeza agama. Menurut wanita yang dikenali sebagai Joy Mama Nunai, dia terserempak dengan pasangan tersebut sewaktu menziarahi kbr arwah mak dan ayahnya. “Kisahnya pagi tadi sewaktu kami menziarahi kbr mak dan ayah kami. Terjumpa sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi salah satu kbr di sana. Mungkin usia mereka sekitar 70-an. Beberapa meter saja dari kubur mak dan nampak jelas apa yang mereka tengah bersihkan kawasan kbr dan batu nisan.

“Dicuci segala kekotoran yang ada di batu nisan dengan air meneral yang mereka bawa. Lepas tu pasangan tu seolah bertafakur. Bila selesai mereka memandang ke arah kami dengan senyuman. Tambah Joy, wanita itu memberitahu bahawa arwah anaknya telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan orang Melayu. Bercerita lebih lanjut, arwah pergi menghadap illahi empat tahun lalu disebabkan knsr otak. “Mereka kata selalu datang sini. Gugur juga air mata bila dengar cerita sedih ini. Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anaknya sudah berpindah agama namun kasih mereka tiada berpenghujung. Satu pengajaran pada kami hari ini. Kasih sayang pada anak tanpa syarat. Al-Fatihah buat arwah anak Cina tu. Lupa tanya nama.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version