Syukur dapat langsaikan hutang bernilai RM1.2 juta, individu ni berharap dapat kumpul dengan keluarga semula

BERSYUKUR berjaya melunaskan hutang sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh masa dua tahun, lelaki bernama Ariff Luqman Peter Lisut kini boleh menarik nafas lega. Selesai hutang berkenaan, Ariff, 27, berharap dapat kembali berkumpul bersama keluarga selepas sudah lama tidak berjumpa kerana isu tersebut. “Hubungan dengan keluarga terlalu dingin sehingga ada yang tak jumpa langsung, jadi saya rasa elok dirahsiakan dahulu. “Sebab saya buat ini semua untuk keluarga, niat saya selesaikan kerana Allah dan supaya saya dapatkan keluarga saya semula.

“Saya nak keluarga saya berkumpul balik macam biasa, sebab itu saya kongsi kehidupan saya di TikTok sebab saya tak dapat hubungi mereka cuma saya harap video saya buat tu mereka lihat dan tahu semua perkara dah selesai,” katanya. Dalam perkembangan lain, Ariff juga memasang impian mahu memperisterikan teman wanitanya selepas krisis hutang yang dialaminya sudah berakhir. “Sekarang selepas semua dah selesai saya memang betul-betul nak minta restu bapanya untuk ke peringkat seterusnya. Doa-doakanlah saya rakyat Malaysia seperti anda doakan saya keluar daripada hutang lepas,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version