Teruk kena kritik dengan warganet, Janna Nick akui perli GV10

Pengacara Janna Nick mengaku perli All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang bersiaran pada hari dan waktu sama dengan program kendaliannya Famili Duo musim ketiga (FD3). Namun begitu, pelakon berusia 28 tahun itu juga berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan semua pengacara GV10, termasuklah bekas hos Elly Mazlien, lapor Kosmo! Online. Menurut Janna, tindakan memerli GV10 bermula apabila mendakwa produksi program itu memulakan ‘perang’ sindir-menyindir dengan FD3 selain sudah ditetapkan dalam skrip.

“Benda (perli) itu ada memang dalam skrip, jadi apabila berbicara secara spontan atau kasual saya hanya tambah perasa. Saya dapat tahu daripada sebelum FD3 bersiaran program sebelah sana pun rancak perli rancangan kami, jadi saya pun balas balik. Secara peribadi, saya tiada isu dengan mana-mana pihak dalam industri tetapi pandangan orang luar mungkin rasa sangat sensitif,” katanya. Walaupun tindakan itu menyebabkan dirinya dibenci warganet, Janna tidak terkesan dengan komen negatif dan hanya mahu menjalankan tugasnya sebagai hos.

“Janna Nick memang ramai ‘haters’. Boleh jadi mereka terlampau obses untuk mencari benda negatif mengenai saya. Lebih baik saya ambil yang positif, terima dengan hati terbuka bagi setiap teguran selagi nasihat tersebut membina. Kalau mengarut saya akan pekakkan telinga. Cuma, terguran yang masuk ke hati saya adalah daripada penerbit sahaja,” jelasnya. Sebagai info, pada minggu pertama FD3 bersiaran, pelakon drama Bukan Puteri Lindungan Bulan itu dilabel sebagai pengacara toksik kerana lantang memerli rancangan realiti lain.

Janna mengendalikan program FD3 bersama penyanyi, Izzue Islam dan disiarkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam. FD3 menampilkan enam pasangan duo iaitu Shila Amzah dan Amir Syahir, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful Zero, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version