Kawan bergurau tarik kerusi di sekolah, ibu luah rasa kecewa bila anak istimewa patah tulang belakang

Seorang pelajar perempuan yang mengidap penyakit saraf cerebral palsy mengalami komplikasi kecederaan patah tulang belakang selepas rakan ‘bergurau’ menarik kerusi di sekolah. Kejadian itu dikongsikan oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan keadaan anaknya, Putri Nur Atiqah, 11, menangis terlantar di atas katil. Menurut si ibu dikenali Azera Yazid, 35,  kejadian itu berlaku ketika anaknya duduk berehat selepas latihan nasyid di sekolah, baru-baru ini. “Masa dia nak duduk tu ada kawan tarik kerusi sebagai gurauan. Anak saya jatuh terduduk. Iqa (anak) menangis sebab mungkin tulangnya terhentak. Klik sini untuk lihat video.

Cikgu kelas pun terus maklumkan pada saya, minta datang segera untuk ambil dia di sekolah,” katanya. Tambah Azera, doktor memaklumkan anaknya mengalami komplikasi patah tulang coccygeal yang minimum, lebam pada tulang (bone bruise) dan bonjolan cakera (disc bulge). Disebabkan kecederaan itu, dia menyatakan anaknya kini sukar untuk berjalan dan duduk seperti dahulu. “Selama ini saya struggle nak besarkan Iqa yang ada cerebral palsy. Saya ajar dia berdikari macam anak-anak yang lain, tapi kali ini saya terduduk dan kecewa.

Ini adalah antara perkara yang saya takut tapi sudah terjadi. Sampai sekarang Iqa masih menangis sebab sakit kalau banyak bergerak,” luahnya. Ujar Azera lagi, anaknya tidak boleh duduk atau berdiri lama dan hanya bertahan selepas makan ubat tahan sakit. Dia juga diberi cuti selama dua minggu bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital. Maklumnya, keluarga si pelaku telah pun berjumpa dengan mereka selepas enam hari kejadian. Dalam pada itu, Azera menitipkan pesanan buat para guru dan ibu bapa di luar sana untuk selalu mengingati anak-anak mengenai gurauan yang dilakukan sebegini adalah satu kesalahan. Rata-rata warganet mendoakan kesembuhan adik Putri Nur Atiqah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version