Telah dijumpai dalam keadaan selamat, rupanya ada cerita disebalik kehilangan lelaki lepas cod telefon

Beberapa hari lepas, tular di media sosal berhubung kehilangan seorang lelaki sejurus selepas COD iPhone kepada pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang. Perkara itu dimaklumkan oleh ibu saudara lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Eyraswan Ramadhan di Instagram miliknya. Katanya, lelaki bernama Daniel yang hilang selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon pintar itu dilaporkan telah dijumpai dalam keadaan selamat. Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa muka dan badan anak saudaranya itu berada dalam keadaan teruk serta trauma dengan kejadian yang menimpa terhadap dirinya.

Bukan hilang tapi bersembunyi daripada pemungut hutang. Bagaimanapun, dalam perkembangan baharu, polis melaporkan lelaki ‘hilang’ itu sebenarnya menyembunyikan diri daripada pemungut hutang. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan rakaman keterangan yang dilakukan selepas lelaki berusia 27 tahun terbabit tampil membantu siasatan. Jelasnya, lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan, semalam.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya. Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya. Terdahulu, pihak polis telah meminta mangsa yang didakwa hilang untuk tampil ke balai bagi membantu siasatan. Tambahan pula, tiada laporan berhubung kejadian samun mahupun jenyh lain yang dilaporkan daripada pihak Daniel.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version