Video masakan yang dimuat naik di laman TikTok milik isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, sekali lagi menyorot perhatian wargamaya. Terbaharu, Ira berkongsi menu masakan membuat pengat pisang dan tips untuk menjadikan pencuci mulut itu lebih sedap. Bagaimanapun terdapat satu komen daripada warganet yang menarik perhatian Ira untuk membalas. Menerusi komen tersebut, individu itu bertanyakan kepada Ira adakah suaminya, Syamsul menyukai pengat pisang yang dimasak olehnya. Klik sini untuk lihat video.
Membalas semula komen tersebut, Ira memberitahu Syamsul bukan sahaja menyukai pengat pisang, sebaliknya menggemari semua masakannya. Individu tersebut berterusan membalas komen Ira dengan mengatakan Syamsul sangat bertuah kerana tidak perlu makan nasi disebabkan isterinya hanya menyediakan pengat pisang itu. Bagaimanapun, Ira menegaskan apa yang dia masak tidak akan dikongsikan terus pada hari yang sama dan ia sekadar konten sahaja. “Ini content. Bukan hari ini masak, hari ini terus post. Yih.”
Sebelum ini, Ira pernah berkongsi beberapa resepi masakan kepada pengikutnya dan antara menu tersebut adalah sizzling yee mee, taucu sardin, bubur sum dan beberapa lagi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.