Mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah baru-baru ini mengumumkan beliau kembali bertugas di Institut Endoktrin Hospital Putrajaya. Menurut posting beliau di Facebook, Institut Endoktrin itu meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan kapasiti 220 buah katil. Ia juga dilengkapi dengan unit rawatan rapi dan Dewan Bdh Hibrid (Neuro-Endoktron Berintegrasi). Difahamkan dewan bdh di institut berkenaan telahpun mula beroperasi dan Tan Sri Hisham akan memulakan sesi pembdhan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap Selasa.
“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembdhn endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa” Tambah bekas KP Kesihatan berkenaan, dia berharap institut berkenaan boleh mengukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endoktrin di Malaysia dan pada yang sama kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa. Pembedahan endokrin memberi tumpuan kepada sistem dalam badan yang melibatkan kelenjar tiroid, paratiroid dan adrenal.
Dr Noor Hisham, seorang pakar bedah endokrin, mengambil peranan sebagai ketua dan perunding kanan pembedahan payudara dan endokrin di hospital pada tahun 2002 sebelum bersara sebagai ketua pengarah Kesihatan pada 19 April. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.