Pernah terima gangguan dari wanita tak dikenali, Pak Azad dedah individu tu siap ajak kahwin

PELAKON dan penyampai radio Azad Jasmin mendedahkan dia pernah menerima gangguan daripada wanita tidak dikenalinya di media sosial. Azad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Azad berkata, wanita berkenaan bertindak berani mengajaknya untuk berkahwin dan bersedia menjadi isteri kedua. “Memang ada gangguan tu tambah pula perjalanan saya sebagai penyampai radio ni lagi banyak dan baru-baru ada yang DM saya ajak keluar secara tiba-tiba.

“Selain itu, ada juga yang DM cakap bersedia untuk jadi isteri kedua saya… sebenarnya kita sedang diuji dengan warganet tahap extreme jadi ia berbalik kepada diri sendiri untuk melayan atau tidak. Ini adalah dugaan untuk ramai lelaki yang bergelar suami juga sebenarnya, saya kerja di Astro, jadi artis wanita keluar masuk, jadi akan lalui pelbagai dugaan cumanya saya tak nak sebab takut terpalit pada isteri pula nanti,” kata Azad kepada.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version