Bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), selebriti Nadia Annuar menjawab persoalan ramai yang bertanya mengapa badannya terlalu kurus. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nadia berkata beratnya turun sebanyak 5 kilogram (kg) sejak awal tahun. “Ada isu yang saya perlu ketengahkan sebab ramai yang tegur saya kurus lately. Kenapa? “Sebenarnya tak adalah kurus sangat pun. Tapi saya turun berat sebanyak 5 kg awal tahun ni. Kedua, sejak saya tinggal seorang diri ni ada masalah malas atau lupa makan.
“Sebab kalau dulu saya selalu masak untuk orang-orang tersayang tapi sejak duduk sorang ni rasa macam tak berbaloi nak masak, makan pun sorang. Jadi saya selalu ingatkan diri untuk tambah stok makanan yang saya boleh makan terus kalau sakit perut, contihnya yogurt, kacang, buah-buahan dan jus. Sebab tu orang kata kalau bahagia tu berisi, tapi kalau kurus tu ‘terlebih bahagia?’ Eh ke tak?,” tulisnya beserta emoji ketawa. Sebelum ini, kakak kepada selebriti Harris Annuar meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mengatakan dia punca keretakan kedua-dua rumah tangganya itu.
Terdahulu, nama Nadia menjadi bualan hangat apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung ketika meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-39 tahun. Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi namun berpisah pada Oktober 2010 sebelum berkahwin dengan bekas suami keduanya ini. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.