Kes Pergolakan keluarga tengah hangat, kali ni bekas adik ipar tampil pertahankan Shila Amzah

KETIKA pergolakan keluarga sedang hangat diperkatakan, bekas adik ipar kepada Shila Amzah dikenali sebagai Anis tampil meluahkan rasa simpati atas nasib menimpa penyanyi itu. Anis atau Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, menganggap konflik yang berlaku antara Shila dan adiknya iaitu Amir Shafiq juga sebagai satu kifarah atas perbuatan silam bekas suaminya itu. “Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak! Tetapi apa yang dikatakan oleh Shila itu mungkin kerana dia sudah sampai batas kesabarannya. Dia sudah tahan dan pendam lama tentang apa yang berlaku.

“Apa yang berlaku ini saya anggap kifarah atas perbuatan dia (Shafiq) kepada anak. Cuma dalam hal ini saya juga kasihan kepada bekas ibu mentua kerana dia yang tanggung semua perbuatan anak-anak,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Terdahulu, Anis tinggalkan komen di Instagram mStar mendedahkan bekas suaminya itu gagal membayar wang nafkah buat anak mereka selama tujuh tahun berpisah. Dakwa Anis lagi, Shafiq sejak dahulu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering meminjam wang daripada teman terdekat dengan alasan mahu membayar nafkah anak.

“Dia ada bagi anak duit nafkah tapi banyak kali culas. Kalau saya senyap dia pun hilang. Sudah tujuh tahun kami berpisah ceritanya sama sahaja. Dia juga ada meminjam duit daripada rakan-rakan kononnya untuk beri nafkah anak, tetapi saya tidak terima pun wang tersebut. Macam mana dia nak bayar nafkah kalau tiada kerja tetap? Saya pernah nasihatkan supaya dia berubah. Kalau tidak dapat bayar nafkah penuh cukuplah sekadar RM20 seminggu untuk keberkatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anis menganggap tindakan Shafiq membangkitkan isu Shila menjual rumah di media sosial bertujuan memperlihatkan diri sebagai mngsa keadaan. Malah, Anis juga mendakwa Shila pernah menjadi mngsa keganasan fizikal adiknya sendiri selain Shafiq juga bertindak menjual barangan di rumah mereka untuk mendapatkan duit. “Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim. Dia pernah jual gitar dan piano di rumah kerana mahu dapatkan duit,” jelasnya.

Untuk rekod, Anis dan Shafiq atau Amir Shafiq Amir Hamzah, 30, mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2014 dan sah berpisah pada 15 Jun 2016. Kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala ini bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan rumah mereka bakal dijual sedangkan dirinya tidak mengetahui mengenai perkara itu. Tampil menjawab mengenai tindakannya itu, Shila berkata dia berhak berbuat demikian kerana rumah berkenaan adalah miliknya dan dia bakal membeli kediaman baharu untuk ibunya.

Namun Shafiq pula mendakwa Shila mahu menjual rumah berkenaan kerana mempunyai nilai harga pasaran tinggi. Sumber: Mstar.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version