Selesaikan masalah selama hampir 6 tahun, Pu Abu beri bayangan rumahtangga dengan kedua isteri dah berakhir

PENCETUS Ummah (PU) Abu memberi bayangan rumah tangganya yang dibina bersama dua isteri kini sudah berakhir. Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 29, memaklumkan mereka sepakat membawa haluang masing-masing selepas melakukan perbincangan bersama. “Selepas berbincang, kami bertiga akan membawa haluang masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.

“Ini adalah keputusan kami bertiga setelah cubaan demi cubaan yang dilalui oleh masing-masing. Tidak ada apa-apa kepentingan melainkan hanya ingin selesaikan kemelut selama hampir enam tahun ini,” katanya. Abu menulis perkara tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Insta Story miliknya pada Isnin. Dalam masa sama Abu juga meminta agar dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa tidak dipersalahkan dalam kemeut yang berlaku antara mereka.

Dia sebaliknya memikul tanggungjawab sendiri kerana tidak dapat memberi kebahagiaan buat kedua-dua isteri. “Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara. Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing. Anak-anak? Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” jelasnya. Untuk rekod Abu mendirikan rumah tangga dengan Ain pada 2018 dan mereka dikurniakan tiga orag cahaya mata. Manakala bersama Hana pula mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version