Ramai wanita yang patah hati, Putera Mateen bakal berkahwin dengan wanita pilihan awal tahun depan

Siapa yang tak kenal dengan Putera Mateen , kerabat diraja Brunei yang telah menjadi lelaki idaman ramai wanita kerana wajahnya yang kacak kan. Tak hairanlah jika Putera Mateen memiliki 2.4 juta pengikut di Instagram! Namun, nampaknya ramai gadis yang kecewa kerana putera raja yang berusia 32 tahun itu dilaporkan akan berkahwin dengan wanita pilihannya pada awal tahun hadapan iaitu bulan Januari 2024, lapor Astro AWANI. Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah akan disatukan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Difahamkan, Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa. Memetik laporan RTB Brunei, istiadat perkahwinan kedua pasangan akan berlangsung selama 10 hari dan istiadat akan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari nanti. Pasangan mempelai kemudiannya akan disatukan dalam majlis akad nikah pada 11 Januari nanti. Untuk pengetahuan semua, Putera Mateen merupakan anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Mesti istiadat perkahwinan mereka berdua nanti akan jadi wedding of the year kan. Tak sabarnya nak tengok royal wedding nanti! Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version