Lepas setahun tiada tawaran berlakon Raja Afiq terpaksa turunkan ego, kini dia bekerja di syarikat perbankan

Pelakon lelaki, Raja Afiq memaklumkan yang dia kini mempunyai kerja tetap sebagai pekerja am di salah sebuah syarikat perbankan untuk menyara kehidupan. Ujarnya, dia sudah setahun tidak mendapat tawaran berlakon dan menolak tepi perasaan malu serta statusnya sebagai selebriti demi mencari nafkah buat keluarga. Memetik laporan, Raja Afiq menyatakan sebelum ini dia pernah memuat naik posting di media sosial untuk meminta tawaran berlakon. Namun, ramai yang menyuruhnya mencari pekerjaan tanpa mengetahui bahawa dirinya telah melakukan pelbagai usaha untuk meneruskan hidup.

“Masa saya muat naik gambar dan minta tawaran berlakon ramai cakap carilah kerja dan sebenarnya sudah pelbagai pekerjaan saya buat. Saya tak harap tawaran berlakon semata-mata, saya berniaga dan sekarang sudah ada kerja tetap di sebuah bank. Hidup ini perlu diteruskan sebab kalau tidak ada pendapatan pun susah juga sebenarnya,” katanya. Menjawab tuduhan dikatakan terlalu meminta untuk kembali berlakon sehingga memuat naik di media sosial, Raja Afiq menyatakan yang dia hanya mengharapkan pekerjaan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Dia juga merasakan apa yang dilakukan bukanlah perkara meminta-minta kerana pekerjaan tersebut merupakan apa yang dilakukan sebelum ini. “Saya bukan terlampau meminta. Saya cuma rindu benda tu (berlakon). Dan punca rezeki saya memang dari situ. Jadi, saya naklah ambil punca rezeki saya tu.  Macam orang jual ikan, takkan pula nak jual ayam? Sebab dia dah biasa jual ikan. Betul tak?So, walaupun sekarang saya dah biasa berlakon, saya terpaksa korbankan untuk keluarga saya, kerja lain sebab mahu sara keluarga dan mahu menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. Kalau ada nak kata meminta tu, terpulanglah. Dah berapa tahun saya berlakon, kerja sama memang berlakon” ujarnya.

Pelakon drama Gerak Khas Undercover itu mengakui bahawa awal-awal dia bekerja bidang lain dari berlakon memang ada perasaan malu. Namun, memikirkan dirinya yang mahu mencari rezeki halal buat keluarga, dia memilih untuk menurunkan ego dan terus berusaha mendapatkan pendapatan. Jelasnya, sampai bila mahu berasa malu dan menganggap apa yang dilalui kini sebagai cabaran dalam kehidupan. “Benda tu semua orang akan alami dan mula-mula tu memang ada rasa segan. Tapi pada saya, kalau nak segan tu sampai bila.

Hidup ni memang keras. Kita tak bekerja, kita tak keluar cari duit memang benda tu tak akan datang. Nak ikutkan malu tu semua orang malu. Saya anggap benda tu sebagai cabaran untuk saya…” ujarnya. Terdahulu, Raja Afiq pernah dituduh hidup ditanggung isteri sehingga ada dakwaan mengatakan dia mengambil barang terlarang. Tegas menafikan hal tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu menjelaskan yang dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penfitnah yang membuat spekulasi jahat terhadapnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version