Sajat luah rasa terharu bila Aeril Zafrel dan isteri hantar bungkusan makanan dari Malaysia untuk dia

Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa terharu apabila pasangan selebriti iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudi menghantar bungkusan makanan dari Malaysia untuknya. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajat Kamruzzaman kelihatan sebak dan tidak mampu menahan air mata setelah membuka bungkusan tersebut. “Sajat sangat berbesar hati, bila saya dapat bungkusan daripada selebriti Malaysia, dia hantar Sajat makanan-makanan daripada Malaysia. Terima kasih Wawa. Klik sini untuk lihat video.

Dia bagi Sajat kad, ‘dear Nur Sajat, semoga awak menikmati pemberian kami daripada Wawa Kosmetik, diharapkan pemberian ini terubat setiap rindu Sajat kepada Malaysia’.” Pemberian Aeril dan Wawa tersebut ternyata memberi kegembiraan kepada usahawan berusia 38 tahun itu memandangkan dia sudah lama menetap di Australia. “Korang buat Sajat semangat nak masak. Sajat tak pernah minta pun tapi orang hantar dan saya sangat hargai. Saya menangis ini sebab tak sangka masih ada lagi orang yang ingat dekat saya. Saya tak perlukan trofi atau apa-apa tapi bila saya dapat barang-barang masak macam ini membuatkan saya rasa seronok sangat.”

Dalam pada itu, Sajat mengakui bahawa makanan adalah satu-satunya perkara yang mampu mengubat kerinduannya terhadap keluarga dan tanah air. “Tak sangka, sahabat-sahabat selebriti hantar benda ini, nak tengok saya ini berada dalam suasana kerinduan. Apa lagi yang boleh buat kita gembira, buat kita seronok..bila kita dalam keadaan jauh adalah masakan. Masakan itulah yang boleh buat kita teringat kampung halaman kita. Itu sahaja tak ada benda lain.

Sumber: TikTok

Exit mobile version