Sindir dalam siaran langsung, Pengurus dedah 5 sekawan bukan sekali tapi dah banyak kali sindir Siti Nordiana

SAKSI plaintif iaitu pengurus kepada Siti Nordiana mendakwa lima defendan berkali-kali melakukan siaran langsung bertujuan untuk memburukkan nama dan imej penyanyi itu. Mohammad Al Anas Osman, 39, bagaimanapun berkata kesemua mereka sebelum ini menyindir Siti Nordiana tanpa menyebut nama. “Siaran yang berlangsung itu bukan kali pertama yang dilakukan mereka berlima. “Sebelum itu ada juga siaran langsung, hantaran-hantaran yang menyindir Nana (Siti Nordiana) tanpa sebut nama,” katanya.

Anas berkata perkara itu ketika perbicaraan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. Ketika ditanya oleh peguam defendan keempat iaitu Fithril Hakim Ab Jalil mengapa tiada sebarang tindakan diambil ketika itu, Anas berkata ini kerana mereka tidak menyebut nama Siti Nordiana. “Sebelum ini tidak ambil tindakan sebab tiada (sebut) nama. Baru (kali ini) dapat peluang nak saman,” ujarnya. Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga. Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42. Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version