BUKAN ingin meraih perhatian ramai, penyanyi Siti Nordiana memaklumkan dia sekadar menjawab pertanyaan daripada warganet yang ingin mengetahui kisah percintaanya bersama Allahyarham Achik Spin pada zaman remaja. Siti Nordiana, 39, atau mesra disapa sebagai Nana berkata kisah percintaan dia bersama vokalis kumpulan Spin itu pernah dikongsi di dalam buku tulisannya. “Saya dah lama kongsi kisah itu. Sebenarnya saya ada buku bertajuk Life Goes On. Murah saja boleh beli lepas ini. “Buku itu saya tulis selepas saya habis Gegar Vaganza musim kedua. Dalam biografi itu saya ada kongsi kisah dengan arwah Achik juga,” katanya.
Nana berkongsi perkara itu menerusi sidang media selepas konsert minggu keenam ASGV yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Menyedari tidak ramai yang membaca buku itu menyebabkan kisah percintaan tersebut tidak diketahui umum dan dia berkongsi semula kisah lama itu kerana sering diajukan soalan sama oleh peminat. “Tapi saya tahu tidak semua orang membaca dan ada yang tanya semula. Jadi saya sekadar menjawab pertanyaan peminat… bukan sengaja nak naikkan semula,” ujarnya.
Sebelum ini, Nana mengimbas kembali nostalgia percintaan zaman remaja semasa menjadi tetamu di Borak Selebriti Sinar. Kata Nana, kisah percintaan tersebut berlaku ketika usianya 15 atau 16 tahun malah menganggap ia sebagai cinta monyet. “Pergi mana-mana, bila digosipkan mesti rasa malu-malu dengan dia. Kira macam, dia memang ada hati pada saya dan selama ini dia pergi menonton persembahan saya. “Sejak itu juga saya tahu dia meminati saya. Jadi, saya pun balas cintanya. Tapi sekejap saja,” kongsinya.
Untuk rekod, Achik atau Abdillah Murad Md Shari pergi menghadap illahi pada 17 April 2020 dalam sebuah kejadian tak diingini ngeri. Allahyarham ketika itu berusia 27 tahun dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang terbabas setelah melnggr papan tanda. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.