Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul pula dakwaan mengatakan hubungan penyanyi Shila Amzah dengan adiknya, Syada dalam keadaan dingin. Malah, ada juga dakwaan mengatakan mereka berdua sudah tidak saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram masing-masing. Menerusi tinjauan, ke Instagram Shila dan Syada, ternyata mereka benar-benar sudah tidak saling mengikuti. Sebaliknya, Shila hanya mengikuti adik lelakinya sahaja iaitu, Syahir dan begitu juga dengan Syada.
Sementara itu, Syada juga dilihat ada memuat video memperlihatkan Shila dan Syahir yang sedang mempromosikan program Famili Duo musim ke-3 di Instagram Stories miliknya. Bagaiamanapun, apa yang jadi perhatian, Syada hanya menggunakan tanda pagar #TeamSyahir sahaja, namun tidak nama Shila. Hal tersebut sekali gus menguatkan lagi dakwaan mengatakan hubungan dua adik beradik itu berada dalam keadaan tidak baik. Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan Syada tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dihubungi tidak berjawab.
Shila dan Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.