Tular kontroversi Syada dan Shila Amzah ada persilisihan faham, tak boleh berdiam ini pula pengakuan dari Syada Amzah

Penyanyi Syada Amzah tampil menjelaskan khabar angin yang mendakwa sedang bermasalah dengan kakaknya, Shila Amzah. Menafikan perkara terbabit, jelas Syada, 25, perselisihan faham antara adik-beradik adalah normal. “Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa prng dingin dengan semua adik-beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal saja. Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright, elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, jangan risau! Risau fasal keluarga sendiri dulu okay,” tulisnya di Instagram Stories.

Syada turut mengulas mengenai kononnya sokongan sebelah pihak buat abangnya yang bakal bertanding dalam sebuah program realiti nyanyian tidak lama lagi. Sekali gus menegaskan khabar angin mereka adik-beradik berperang dingin tidak wujud sama sekali. “Sebagai adik saya hanya menunjukkan sokongan kepadanya dan saya tulis sokongan seperti The Amzahs. Jika kami tidak okay saya tidak akan mengatakan The Amzahs. Jadi saya sangat berharap itu jelas,” ujarnya.

Sebelum ini, khabar angin Shila dan Syada saling bermasam muka menjadi buah mulut ramai apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akuan Instagram masing-masing. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version