Disebabkan isu Palestin, Syamimia hilang lebih daripada 100k jumlah pengikut

Seorang personaliti media sosial baru-baru ini terpalit dengan kontroversi apabila dia membuat satu kenyataan menjelaskan pendiriannya tentang mengapa dia tidak membuat sebarang perkongsian berkenaan dengan nasib yang menimpa rakyat di Palestin sekarang. Selain itu, dia juga ada memberikan sebab dan penjelasan kenapa tidak membuat sebarang perkongsian dan menyebarkan kesedaran mengenai hal ini. Oleh sebab itu, pempengaruh, Syamimia didakwa sudah kehilangan lebih daripada 100K jumlah pengikut. Perkara itu diperhatikan oleh warganet menerusi platform media sosial X.

Menurut warganet, ia berlaku berikutan ‘penangan’ yang diberikan oleh rakyat Malaysia jika seseorang pempengaruh itu jika cuba memberikan sebarang kenyataan yang tidak masuk akal berkenaan isu Palestin. Dalam masa yang sama, warganet menyangkakan bahawa jumlah pengikutnya berkurangan berpunca daripada kenyataan yang dikongsikan menerusi IG Story miliknya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di IG Story milik Syamimia, dia kini sedang aktif membuat perkongsian berkenaan dengan Palestin. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version