Syifa Melvin muat naik gambar anak dari sisi, tapi ini pula yang jadi perhatian warganet

Pasangan selebriti, Syifa Melvin dan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada 30 Sept lalu. Menerusi perkongsian terkini di Instagram, adik kepada aktres Syatilla Melvin ini memuat naik wajah anaknya, dari sisi menunjukkan bentuk wajah runcingnya yang tajam itu. “Bismillahi MashaAllah, meet the new love of our lives Saif Sulaiman Safawi.. Membesar dengan baik dan sihat anak,” tulisnya. Syifa juga sudah membuat akaun Instagram peribadi untuk anaknya, Saif Sulaiman dan mempunyai pengikut hampir 4,000.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan rata-rata netizen teruja melihat wajah anak Syifa dan Safawi, lebih-lebih lagi melihat ‘jawline’ bayi cilik itu. Syifa atau nama sebenar, Nur Syifa Atirah Amirul Melvin dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di sini, dalam majlis tertutup. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version