Terpaksa buang tepung roti canai sebab kena air hujan, ramai yang puji sikap kejujuran pakcik ni

Dalam dunia perniagaan, sudah semestinya akan ada cabarannya yang tersendiri. Sebab itulah bukan mudah nak jadi peniaga atau pemilik kedai kan. Itulah yang terjadi kepada pakcik pembuat roti canai ini apabila dia terpaksa membuang doh roti canai dan termasuklah roti canai yang sedang digoreng di atas kuali kerana makanan tersebut dikatakan terkena air hujan dari atap kedainya. Tindakan pakcik tersebut melakukan sedemikian telah menarik perhatian pengguna media sosial setelah dikongsikan di Facebook Kongsi Viral baru-baru ini.

Dalam video tersebut, dapat dilihat pakcik itu telah membuang roti-roti canai yang terkena air hujan dari atap kedai ke dalam tong sampah kerana roti canai tersebut telah tercemar. Ini kerana kita tak tahu apa yang ada dekat atas atap kedai kan, manalah tahu kalau ada tahi burung ke kan, jadi untuk keselamatan perut pelanggannya, pakcik tersebut memutuskan untuk membuang roti canai tersebut. Tindakan pakcik tersebut telah mendapat pujian daripada warganet kerana ramai yang memuji kejujuran pakcik itu dalam berniaga.

Ada juga yang berpendapat tindakan pakcik itu juga wajar kerana mereka mengatakan doh roti canai yang terkena akan rosak, jadi mungkin bila nak tebar tu nanti tak akan menjadi. Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar Allah S.W.T akan menggantikan rezeki lain yang lebih baik kepada peniaga roti canai tersebut. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version