SIBUK menguruskan rumah tangga dan perniagaan sama sekali tidak menghalang pelakon dan usahawan, Tya Ariffin menamatkan pengajiannya di universiti. Tya atau Nurtria Wulandari, 29, memberitahu dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di sebuah universiti swasta dan akan bergraduasi tidak lama lagi. Kata Tya, selepas tamat sekolah menengah dia tidak menyambung pengajian kerana memilih untuk bekerja terlebih dahulu. “Salah satu impian (saya) untuk sambung belajar dari tahun lepas. Sedikit lagi tercapai (untuk graduasi).
“Selepas Tya selesai sekolah menengah, sebenarnya Tya harus kuliah (belajar) tapi ketika itu Tya tunda kerana pilih untuk ambil peluang yang lain iaitu berhijrah ke Jakarta untuk bekerja. Situasi ketika itu, ibu bapa Tya boleh membiayai kuliah, tapi Tya fikir peluang yang Tya buat (kerja) saat itu mungkin akan meringankan keluarga,” katanya. Tya berkongsi berita gembira itu melalui satu hantaran di laman Instagram pada Khamis. Seronok melihat rakan-rakan menamatkan pengajian, Tya bagaimanapun berkata dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk bekerja.
“Perasaan lihat kawan-kawan yang sudah graduasi sangat seronok ya. Tapi Tya gembira dengan keputusan yang Tya buat saat itu, dan sampailah berkahwin dan dah ada anak dua. Dan terfikir lagi, memang selepas kawin, Tya memang set untuk penuhi impian, harus sambung belajar,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.