Ditahan sejak bulan mac tahun lalu, Yassin Sulaiman sempat gubah 13 lagu

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman berjaya menyiapkan 13 buah lagu sepanjang berada dalam tahanan penjara sejak Mac tahun lalu. Yassin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 47, berkata, dia juga ada terfikir beberapa calon nama penyanyi untuk merakamkan lagu-lagu berkenaan. “Saya sudah siapkan 13 buah lagu dalam penjara, keluar nanti Insya-Allah akan rakamkan dan akan kongsikan kepada semua. “Saya ada juga terfikir untuk berkolaborasi dengan beberapa orang penyanyi untuk merakamkan lagu yang saya gubah,” katanya.

Yasin berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes bahan terlarang yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa. Dalam pada itu, pelantun lagu Mimpi Laila ini meluahkan rasa kecewa apabila proses pembelaan tiga pertuduhan terhadapnya tidak dapat diselesaikan. “Hari ini sepatutnya hari pembelaan terakhir tetapi ada sedikit terbantut kerana pihak pendakwaan ada kecemasan pula,” ujarnya. Pada perbicaraan yang berlangsung, pihak pendakwaan mencadangkan Yasin berada dalam keadaan normal serta sihat sehingga hari penyanyi itu ditangkap tahun lalu.

Hakim Faiz Dziyauddin menetapkan 23 Oktober ini bagi menyambung perbicaraan. Untuk rekod, Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau pnjra maksimum dua tahun jika sabit kesalahan. Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pukul 5.30 petang, pada 24 Mac tahun lalu.

Pertuduhan memiliki bahan terlarang mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dipenjara seumur hidup serta sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version