Nikah 4 hari sebelum ulangtahun perkahwinan dengan Aisyah Hijanah, tular gambar Alif Teega nikah di Songkhla

Nama pempengaruh media sosial, Alif Teega menjadi bualan panas warganet selepas membuat pengakuan berkahwin dua dengan seorang wanita yang dipercayai sebagai Fatin Umaidah Ramli. Terbaru, tular satu gambar yang memaparkan Alif bersama isteri kedua beserta maklumat perkahwinan. Berdasarkan foto itu, tertera nama penuh Alif dan Fatin Umaidah sebagai pengantin lelaki dan perempuan. Selain itu, tarikh akad nikah mereka juga tertulis iaitu pada 21 November 2023 dalam kertas yang bertajuk ‘Gambar Pasangan Berkahwin’.

Bukan itu saja, turut didedahkan tempat akad nikah di mana Alif dan Fatin Umaidah disatukan sebagai suami isteri iaitu di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand. Pada petang Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka. Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version