Kontroversi rumah tangga melibatkan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan isteri pertama, Aisyah Hijanah makin rumit apabila banyak isu yang terbongkar setiap hari. Terbaru, Alif reda dengan tuduhan-tuduhan melampau yang dilemparkan kepada dirinya. Kata Alif, dia mengaku berkahwin dua namun menyangkal dakwaan mengasari Aisyah. “Alhamdulillah saya ada nampak laporan medical isteri saya, Aisyah. Saya tak mampu pun nak ulas tentang hal ini. Sebab apa sahaja yang saya katakan dianggap tipu.
Sebab semua orang sedang membenci saya. Saya mengaku apa yang saya buat. Saya bernikah, saya mengaku. Tapi bab pkl isteri saya, Aisyah itu dah sangat melampau.” Tambah Alif, 29, dia sudah memohon kepada abang-abang Aisyah untuk berhenti daripada terus menerus melontar fitnah. “Banyak kali saya sudah bagitahu pada abang-abang Aisyah untuk berhenti fitnah dan burukkan keadaan. Walhal saya dengan Aisyah di sini sangat baik. Awak nak tengok apa? Crai? Itu yang awak nak?
Sejak dulu awak burukkan saya. Tak cukup dengan keluarga, sekarang orang luar. Saya jumpa abang-abang awak tak ada masalah. Batang hidung awak saya tak jumpa. Adik ipar saya, adik kandung Aisyah (Zaid Shutrahb) pun datang jumpa saya tanya penjelasan tapi awak seolah tahu semua benda dalam rumah tangga saya. Sejak bila?” Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hazalif Mohd Hazani akui sudah penat untuk ‘melayan’ konflik yang tidak tahu bila akan berkesudahan.
Terdahulu, Alif mengumumkan dia sudah bernikah lain. Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. Manakala, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka. Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipkl oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.