Pelawak, Amir Raja Lawak mendedahkan ada pihak yang mengugut mahu memboikot perniagaan air jagungnya di media sosial. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi ini memuat naik tangkap layar satu komen yang ditulis seorang warganet yang mahu memboikot air jagung ‘Amerika’ kerana mendakwa penggunaan nama tersebut sangatlah dibenci orang ramai “Air jagung Amerika orang amat benci guna nama kalau tidak boikot,” tulis seorang individu.
Tidak berdiam diri, Amir tampil membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa penggunaan nama ‘Amirreka’ itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan negara Amerika Syarikat yang ketika ini mempunyai hubungan baik dengan Israel. “Ya Allah, dah terang-terang air jagung ‘Amerrika’ ini bermaksud Amir reka atau Amir yang reka,” balas Amir. Menurut laporan Harian Metro pula, Amir akui terkejut dengan komen yang diterimanya itu memandangkan kini hangat mengenai isu boikot.
“Saya terkejut dan risau juga pada mulanya dengan komen itu. Apatah lagi, situasi sekarang orang bersemangat sangat nak boikot produk. Tapi, tiba-tiba produk saya pula nak kena boikot sedangkan semua bahan diguna produk tempatan saja. Jadi, saya mohon maaf andai ada yang keliru. Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah bisnes belum lagi terjejas. Cuma, risau jika orang lain ada berfikiran sama dengan individu yang komen itu dan ia sudah saya jelaskan pada hantaran di Instagram.
“Saya ini berniaga kecil-kecilan. Kalau boikot, macam mana saya nak bisnes. Saya juga ada ejen-ejen, lagi la risau kalau mereka (ejen) pun terkena tempias. Ditambah, dengan cara ini saya dapat berkongsi rezeki bersama orang lain,” katanya. Dalam pada itu, Amir juga berharap semua dapat membezakan nama perniagaanya itu dengan jelas. “Apa yang saya boleh kata, ada saja komen-komen nakal yang lain. Tapi, biasanya saya buat tak tahu saja. Namun, yang ini (berkaitan boikot) saya terpanggil untuk perjelaskan supaya ramai orang tidak salah anggap.
“Alhamdulillah ramai yang memahami ‘nickname’ saya Amirreka itu, sampai ada yang cadangkan tukar ‘nickname’ pakai Amirgaza ataupun Amirpalestin supaya orang yang kurang faham itu puas hati. “Apapun, saya tetap nak ingatkan supaya kita semua jangan putus berdoa buat saudara kita di Palestin kerana sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin,” tutupnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.