Nama Makcik Kemboja menjadi bualan hangat warganet selepas mengeluarkan kenyataan dengan melabel orang Melayu sebagai pemalas. Terbaru, tular sebuah video lelaki yang mendakwa dirinya adalah anak kepada Makcik Kemboja. Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit meluahkan rasa marah melihat ibunya dikritik teruk serta dihina oleh warganet. Selain itu, lelaki yang berspek mata turut mencabar individu yang mengeluarkan kata-kata kesat untuk bersemuka dengan dirinya di kilang. Klik sini untuk lihat video.
“Anak Makcik Kemboja kat sini. Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (face) dengan aku dekat kilang ini. Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘ Haa ni anak Makcik Kemboja kat sini. Aku tak takut dah dekat kau. Aku tak pernah takut dengan kau!” Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikritik selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.