Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah menolak permohonan bantahan awal yang difailkan oleh Ahmad Shah Rizal Ibrahim berhubung kes hak jagaan anak bongsunya, Qaseh Khadija, 10. Memetik laporan Harian Metro, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Zaini Sulaiman bagi membatalkan kes induk iaitu hadanah terhadap Qaseh yang juga merupakan anak kepada pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban. Oleh itu, hak jagaan Qaseh kekal bersama kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20 dan ibu saudaranya, Faradilla Rohban Ahmad, 36.
Irdiena dan Faradilla pula diwakili peguam, Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed sebagai plaintif. Dalam pada itu, bapa saudara Qaseh, Mohd Faizul Rohban Ahmad menzahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah. “Alhamdulillah, mahkamah sekali lagi memutuskan hak penjagaan sementara Qaseh Khadija masih kekal di bawah jagaan kakak dan ibu saudaranya. Terima kasih untuk pihak peguam kami yang bertungkus lumus menguruskan kes ini dengan baik,” ujarnya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.