Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh mendedahkan dia pernah berjalan kaki selama dua jam untuk menghadiri ke sebuah acara fesyen di Pavilion sebelum bergelar artis. Menerusi temu bual dikongsikan di TikTok, As’ad berkata dia memilih untuk berjalan kaki kerana ketika itu dia hanya mempunyai wang sebanyak RM5 sahaja. “Saya dijemput ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan cuma ada RM5 di dalam poket. Sehari sebelum saya sudah berfikir, ‘bagaimana saya nak ke sana?’. Saya tinggal di Desa Pandan, jadi saya pun berjalan dari Desa Pandan ke Pavillion yang mengambil masa dua jam,” katanya.
Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu berkata dia menggunakan sabun pecuci tangan di tandas untuk menghilang bau badan selepas berjalan kaki ke tempat berkenaan kerana tidak mampu membeli deodoran. “Saya pakai comel-comel, nampak gaya macam pempengaruh dan saya sampai awal sejam sebab saya tak mampu beli deodoran. Jadi saya pergi ke tandas, saya duduk sambil keringkan peluh kemudian saya guna sabun cuci tangan dan saya letakkan di ketiak saya supaya tidak busuk,” katanya. Kongsinya lagi, dia juga terpaksa menipu rakan-rakan ketika mereka mengajak makan ke sebuah restoran kerana bimbang tidak mampu membayarnya. Menurutnya, ketika itu dia dalam keadaan lapar dan makan sisa makanan tersebut selepas rakan-rakannya beredar.
“Saya cakap saya dah kenyang, tapi sebenarnya saya sangat lapar. Mereka ada ajak saya makan tetapi saya hanya berborak sahaja kerana tak cukup duit. Selepas mereka pulang, makanan yang tak habis tadi saya makan sisa mereka,” katanya. As’ad turut berkongsikan wang RM5 miliknya itu digunakan untuk membeli air kosong, sekeping roti canai serta tambang bas untuk pulang ke rumah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.