Teruk kena kritik dengan warganet, Ustazah Asma Harun dedah mesej dari Janna Nick

PENDAKWAH Asma’ Harun memuji sikap pelakon Janna Nick yang disifatkan sebagai seorang yang matang ketika namanya terpalit dengan kontroversi drama Surat Dari Tuhan. Asma’ berkata dia menerima pesanan mesej daripada Janna selepas dia menegur produksi drama berkenaan susulan terdapat babak tidak bersesuaian di hadapan makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Nabawi, Madinah. Katanya, biarpun berada dalam keadaan tertekan namun Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, masih mampu menghantar mesej kepadanya dengan menggunakan kata-kata berhemah.

“Saya salute dengan dia (Janna) dan berharap ramai lagi artis yang boleh ikut cara dia menguruskan konflik. Saya terima DM di Instagram daripada Janna, dia mengirimkan mesej dengan baik dan berhemah… Daripada situ saya rasa bagus dan hebatnya Janna. Dalam keadaan sedang tertekan dengan apa berlaku, dia masih boleh menulis dan menyusun kata-kata sangat berhemah kepada saya,” katanya. Asma’ berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya pada Jumaat.

Pendakwah itu turut berkongsi perbualan di antara aktres itu yang antara lain terbuka menerima teguran daripadanya. Kongsi Asma’, Janna dalam perbualan itu juga memberitahu menerima kritikan dan mengaku masih cuba memperbaiki diri menjadi individu lebih baik. “Janna ada beritahu dia memang selalu follow saya dan berasa sedih dengan situasi yang berlaku kerana dia menerima kritikan daripada banyak pihak. “Janna pun ada mendoakan saya semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dia mengaku dia seorang jahil dan pendosa, seorang hamba Allah yang lemah dan masih cuba memperbaiki diri,” kongsinya.

Bagaimanapun Asma’ menjelaskan kepada Janna dia menegur secara terbuka lebih kepada tenaga produksi drama Surat Dari Tuhan dan bukannya menuju kepada pelakon itu semata-mata. Asma’ memberitahu dia sedar Janna sebagai pelakon tiada pilihan dan hanya mengikut arahan diberi. “Sebenarnya jika dilihat pada teguran, saya banyak menekankan kepada pengarah, penerbit dan penulis skrip. Kadang-kadang berlaku situasi di mana pelakon tidak mempunyai pilihan untuk tidak mengikuti arahan. “Saya berharap pihak bertanggungjawab selepas ini lebih berhati-hati dan tidak boleh sesuka hati meminta pelakon untuk melakukan babak tidak baik dan akhirnya pelakon perlu menanggung kesan.

“Warganet tidak memberi kritikan terhadap tenaga produksi sebab mereka tidak kenal tetapi Janna yang terpaksa tanggung,” jelasnya. Malah, pendakwah itu turut menitipkan pesanan buat Janna supaya lebih berhati-hati dalam memilik skrip lakonan selepas ini. “Jujurnya saya suka dan ramai yang sayang pada Janna. Pertama kali saya berasa kasihan kepada Janna kerana terpaksa membaca skrip tersebut. Selepas ini jika ada skrip yang Janna rasa tidak sesuai, Janna perlu pertahankan pendirian Janna dan jadikan pengalaman pahit ini sebagai satu hujah buat mereka,” katanya.

Pada Selasa, Asma’ membuat teguran terhadap satu adegan dalam sebuah drama baharu yang sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta. Difahamkan Asma’ merujuk kepada adegan antara Janna dan Sheila Mambo dalam drama Surat Dari Tuhan yang dilakukan dalam sebuah bilik hotel berhampiran Masjid Nabawi. Dialog dilontarkan berbunyi; “Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau… Kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mamps!”. Tegas Asma’ lagi pihak produksi tidak sewajarnya mengaitkan makam Rasulullah lebih-lebih lagi dialog dilontarkan mengandungi perkataan sama sekali tidak sesuai.

Lebih dikesalkan tambahnya, babak tersebut dipercayai dilakonkan di Tanah Suci berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version