Pelakon, Azri Iskandar membuat keputusan untuk berdiam diri daripada mendedahkan sebarang kisah mengenai teman wanitanya iaitu Dr Azra kepada orang ramai. Memetik laporan Harian Metro, Azri atau nama sebenarnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar mengambil keputusan untuk enggan mengulas lanjut tentang kekasih hatinya itu berikutan pernah dikritik teruk sehingga memberi kesan buruk terhadap dirinya. “Saya sebenarnya ikhlas nak kongsi dengan peminat, tapi teman wanita yang tak ‘rugged’, tak ‘support’ saya, tak nak bagi gambar keluar. Akhirnya saya dituduh gla.
Sebabnya nanti saya kena kritik lagi. Nanti orang tuduh saya reka cerita dan sebagainya. Dia tak sanggup nak dengar begitu. Saya pula macam tak tentu arah hadapinya. Dia tak nak perkara ini berulang.” Difahamkan pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini sudah lebih setahun tidak bertemu dengan cinta hatinya dan perhubungan mereka seakan-akan tidak jelas. “Ada kawan tapi macam itu sajalah. Saya tak pasti sama ada ada lagi dengan dia. Saya tak nak komen dah pasal dia. Tak nak cerita lagi dah. Yang baru (teman wanita) pun tak nak cerita nanti Azhar marah.”
Dalam pada itu, aktor berusia 55 tahun ini berkata rakannya yang juga pelakon, Azhar Sulaiman pernah menasihatinya agar tidak mendedahkan tentang perhubungannya dengan Dr Azra. “Saya sebenarnya tak kisah cerita sendiri didramakan. Tiada masalah kerana boleh kongsi. Kebetulan dah banyak pula kisah cinta saya orang tahu. Dah tiada apa nak sembunyikan, jadi baiklah cerita. Namun, Azhar Sulaiman marah. Katanya ‘kenapa engkau cerita pasal ada kekasih? Aku kalau sempat jumpa kau Azri, aku tak bagi kau cakap. Nak kahwin nanti baru kau cakap.’
Walau bagaimanapun, Azri berkata dia tidak akan menyembunyikan perkahwinan malah akan menjemput pihak media ke hari bahagianya nanti. “Apapun saya takkan rahsiakan kepada semua jika berkahwin semula selepas ini. Saya akan jemput media.” Sebelum ini, Azri pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya itu walau masih merahsiakan identiti sebenar Dr Azra.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.