Dapat berita pemergian ayah 15 minit sebelum naik pentas, ramai yang sebak bila tengok graduan ini ambil skrol

Momen gembira seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen bertukar menjadi hiba apabila mendapat tahu berita pemergian ayahanda tersayang 15 minit sebelum dia naik ke pentas. Ketika sedang menghadiri Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, Haslina Kalang, telah menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah yang memaklumkan bapanya Kalang Tona, 56 telah pergi menghadap illahi pada jam 10.30 pagi. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) itu berkata, dia sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyen tersebut kerana risau akan keadaan bapanya yang sedang sakit. Klik sini untuk lihat video.

“Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah. Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol.” Tambah graduan yang berusia 23 tahun itu, selepas tamat saja pengajiannya, dia menjaga bapanya sepenuh masa dan belum bekerja di mana-mana tempat. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini.”

Difahamkan, Haslina telah tiba di Terengganu dua hari lepas dan dia ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini. Sementara itu, pihak UniSZA telah memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah. Haslina sepatutnya pulang ke kampung halaman esok selepas majlis konvokesyen hari ini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version