PELAKON Ebby Yus bakal menjalani operasi memasukkan perentak jantung pada Disember ini. Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, berkata, dia perlu melakukan operasi tersebut selepas mendapat nasihat doktor selepas jantungnya semakin lemah. “Bulan depan saya akan buat pemeriksaan jantung sebelum melakukan operasi masuk bateri sebab jantung lemah. Walaupun kesihatan tidak berapa baik namun aktiviti harian saya berjalan seperti biasa dan mampu meneruskan karier sebagai seorang pelakon,” katanya.
Dalam pada itu, Ebby memberitahu kos pembedahan itu dianggarkan sebanyak RM38,000 dan sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak hospital bagi menampung kos berkenaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.