Awal penglibatan dalam lakonan tak pandai membaca, Emma Maembong kongsikan pengalaman kawan tolong bacakan skrip

Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia tidak pernah membaca skrip ketika di awal penglibatannya dalam lakonan kerana tidak tahu membaca. Menerusi satu temu bual dalam satu program, Emma berkata ketika itu rakan baiknya yang membantu membacakan skrip. Namun, dia bersungguh-sungguh untuk belajar selepas menerima tawaran berlakon daripada pengarah, Erma Fatima. “Sampai Erma Fatima tawarkan saya berlakon. Saya tau kalau nak sesuatu, maksudnya saya kena banyak membaca. Jadi saya cuba baca skrip setiap hari.

“Tapi masa itu, kawan baik saya yang tolong bacakan. Dia yang baca dan saya ingat. Saya tak pernah baca skrip,” katanya. Sementara itu, Emma tidak malu mendedahkan dia tidak pandai membaca serta mengambil inisiatif untuk belajar daripada orang sekeliling. “Satu hari bila masuk sebuah kedai nak beli makanan tetiba nampak buku komik. Banyak komik kat situ. Saya ambil dan buka. Macam mana nak baca? “Siapa-siapa yang datang rumah, saya akan tanya macam mana nak sebut ‘A’? Orang yang ajar itu saya ingat. Bila ingat, saya tulis. Saya cuba dan terus cuba. Tapi tak pernah beriya,” katanya.

Dalam pada itu, Emma turut berkongsikan dia dan adik-beradikya melalui fasa sukar ketika ibu bapanya berpisah serta krisis keluarga. “Ada la macam krisis keluarga.. tak sekolah, ibu bapa berebut anak dan berpisah. Semasa proses perpisahan, pada masa itu sangat sukar. Jadi, saya tinggal dengan ayah. Ayah macam tak reti jadi bapa tunggal (single parents). Nak kena bawa anak pergi sekolah semua. Jadi, kami ponteng sekolah,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version