Tular video kompilasi gambar Fatin Umaidah dan Alif Teega, tapi latar bunyi suara wanita pula jadi perhatian warganet

Lepas satu, satu pendedahan muncul di media sosial berkaitan kes rumah tangga Alif Teega dan Aisyah Hijanah. Terbaru kali ini, tular sebuah video memaparkan kompilasi gambar dan video yang didakwa daripada akaun Instagram Fatin Umaidah, isteri kedua Alif Teega. Menerusi video yang tular di TikTok, ia mendedahkan beberapa gambar Fatin Umaidah bersama Alif Teega dengan latar bunyi suara wanita itu membuat luahan cinta kepada suaminya. “Mula kita struggle… kita nak contact susah, send gambar and then Allah buka jalan. Abang-abang saya terima, family saya terima. Klik sini untuk lihat video.

Hmm, jalan yang kita pilih ini tak mudah awak tapi saya tahu jika saya kuat, awak kuat… one day kita akan betul-betul happy. Saya tak sabar nak jadi isteri awak. Saya rindu awak sangat-sangat. Saya sayangkan awak tau. Take care, I love you.” Antara gambar yang didedahkan adalah foto Fatin Umaidah bersama Alif Teega bersama jambangan bunga, posting IG yang memaparkan surat-surat yang diberinya kepada Alif Teega serta gambar peribadi seperti cincin perkahwinan dan sebagainya.

“Saya jatuh cinta dengan lelaki yang terbaik dan saya tulis surat dari hantar mesej menggunakan apps! Terima kasih Allah kerana membenarkan rasa berharga ini terjadi di antara kami. Hanya maut boleh memisahkan  kita. Sehingga itu aku akan mencintaimu selamanya,” katanya. Perkongsian itu telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan warganet yang tidak habis-habis memperkatakan isu rumah tangga pasangan influencer itu.

Pun begitu, setakat ini tiada maklum balas daripada pihak Alif Teega berkenaan foto yang tular itu dan kesahihan di sebalik gambar-gambar berkenaan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version