Dah sah berpisah, Inara nekad nak cari pengganti yang ada rupa dan tak selekeh

SELEPAS sah berpisah dengan Virgoun pada 10 November lalu, Inara Rusli kini sedang mencari teman hidup baharu. Inara atau Inara Idola Rusli, 30, berkata, dia mengidamkan seorang lelaki yang mempunyai rupa paras tampan. Dalam masa sama, Inara turut berharap supaya pasangannya itu tidak selekeh dan pandai bergaya. “Sepertinya saya mahukan seorang lelaki yang good looking. Dan dia juga lebih pandai untuk berfesyen,” katanya. Inara memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Tambah Inara, dia juga berharap agar bakal suaminya itu mampu untuk memimpin keluarga dengan baik selain mempunyai kewangan yang stabil. Meninjau ke ruangan komen, ada warganet yang menyatakan kehendak Inara itu adalah disebabkan pengalamannya yang lalu bersama Virgoun. “Kerana telah disakitkan dengan yang bad looking, sakitnya itu bertambah teruk. Dia cari good looking sebab pengalaman dapat orang yang tiada rupa dan juga sikap yang buruk,” kata mereka.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 namun sah berpisah pada November lalu. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version