Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk membayar segala komitmen hidupnya. Perkara itu didedahkan menerusi hantaran di Instagram Story miliknya bersama tangkap layar pembayaran bil elektrik rumahnya yang mencecah RM1,600 sebulan. Menurut bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anak angkatnya yang bernama Ahmad Ziyad.
“Bersungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak pun sudah beribu sebulan. Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tak boleh jalani kehidupan seharian,” katanya. Menurutnya, dia yang bekerja sendiri dan tidak pernah ditanggung sesiapa menjelaskan nilai komitmen yang diperlukan itu tidak termasuk dengan barang kehendak. Penjelasan itu dibuat selepas Iqbal menjual beberapa perabot rumahnya dengan harga yang lebih rendah berbanding harga asal yang kebanyakannya mencecah ribuan ringgit.
Namun, ada yang menyifatkan barangan rumah Iqbal sama seperti barang orang ramai yang boleh diperolehi di platform e-dagang dengan harga yang jauh lebih murah. Untuk rekod, Iqbal sebelum ini pernah mendedahkan dia menjalankan perniagaan berasaskan produk penjagaan kulit dan minyak wangi.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.