Penyanyi Datuk Jamal Abdillah melupakan hasrat untuk menambah lagi cahaya mata kerana kasihan dengan isterinya, Datin Zai Izzati yang menguruskan empat anak kecil. Memetik Harian Metro, Jamal berkata dia bersimpati dengan isterinya yang tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang sedang membesar. “Buat masa ini biar dululah.. Bukan apa, saya tak sanggup tengok isteri saya jaga seharian dengan ada pembantu pun tak cukup juga.
“Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil. Tak menang tangan dan kasihan saya melihat orang rumah saya. Jadi saya rasa memang cukuplah, buat masa ini. Saya tak sanggup tengok orang rumah saya,” katanya. Dalam pada itu, Jamal berkata dia memiliki empat cahaya mata sudah cukup serta isterinya turut dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil kerana setiap kelahiran dijalankan secara operasi. Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.