Penyanyi Lah Ahmad berpendapat tidak wajar untuk menyamakan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung baru-baru dengan konsert Coldplay yang akan berlangsung esok.
Lah, 43, atau pemilik nama penuh, Abdullah Ahmad menegaskan, sebelum hendak memboikot perlu memahami dengan lebih jelas tentang isu yang hangat membabitkan Palestin dan Israel.
Saya tidak bersetuju untuk menyamakan konsert Aina dan konsert Coldplay yang bakal berlangsung esok. Contoh seperti konsert Aina, dia sendiri menyanyikan lagu ‘tribute’ berjudul Atouna El Toufoule kepada Palestin. Hendak boikot ni kita perlu ada ilmu dan buat mana yang termampu. Contohnya dari segi boikot makan dan membeli barangan. Saya dan isteri pun turut melakukan perkara yang sama.
Namun saya melihat isu boikot lebih berpanjangan berbanding sebelum ini yang hanya bertahan beberapa minggu saja,” kata Lah ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Al Humaira ciptaan Hafiz Hamidun, di sini.
Konsert Coldplay menimbulkan pelbagai reaksi apabila sebilangan pihak mendesak kerajaan membatalkan konsert berkenaan. Sementara itu, mengulas mengenai single terbarunya, Lah mengangkat mesej menghargai kaum wanita dan memberi erti peribadi buat dirinya.
Sebagai seorang penyanyi, saya akan mendalami maksud lirik yang ingin disampaikan. Setelah saya menghayati bait-bait lirik lagu ini, saya merasakan Alhumaira bukan sekadar lagu cinta semata-mata, tetapi adalah tentang kesyukuran dan kesetiaan seorang lelaki kepada wanita yang dicintainya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.