Teruskan kehidupan dengan berniaga kecil kecilan, Mak Wan akui dah 6 bulan tak dapat tawaran berlakon

Susulan kontroversi terpalit dirinya sebelum ini, pelakon veteran Mak Wan reda apabila orang ramai masih memandang negatif terhadapnya. Pelakon berusia 62 tahun itu berkata sudah lebih enam bulan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sehingga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan. Menurut Mak Wan, sebelum ini ada pihak mahu mengambilnya berlakon namun tidak jadi kerana tawaran itu diberikan kepada orang lain.

“Memang tiada tawaran berlakon, sudah enam bulan saya tiada pekerjaan… Ada syarikat produksi nak ambil berlakon tapi tak jadi sebab bagi pada orang lain, tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya. “Kalau dapat job satu episod pun, bolehlah saya buat bayar semua komitmen, sekarang saya cuma berniaga kecil-kecilan,” katanya. Dalam pada itu, Mak Wan yang tinggal sendirian berkata dia menderita masalah semput serta penyakit diabetes dan perlu mengambil pelbagai ubat-ubatan bagi mengawal kadar gula dalam drh.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version