Penyanyi terkenal, Nabila Razali dipercayai bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat selepas memaklumkan sudah dilamar teman istimewa, Nik Iruwan dalam unggahannya di Instagram pada 13 November 2023 lalu. Memetik laporan, Nabila menafikan dakwaan bahawa perkongsian di media sosial miliknya bukan gimik mengeluarkan lagu baru. “Apa yang Bella (panggilan Nabila) kongsi di media sosial itu harapnya terjawablah semua persoalan mengenai status Bella. Tak mungkin gimik, ke anda semua nak gimik lagi? Tak apa, tunggu sahaja berita baik daripada Bella nanti okay,” katanya.
Walau bagaimanapun, Nabila memilih mengunci mulut berkaitan tarikh sebenar perkahwinannya kerana belum bersedia memaklumkan hal tersebut. Namun, dia menjelaskan akan memberitahu sendiri tarikh perkahwinannya bersama bekas pelumba Formula 1 apabila sudah bersedia nanti di media sosial. “Bella tidak mahu ulas lanjut tapi apa Bella boleh cakap, nanti Bella akan kongsi semuanya di media sosial… Tunggu sahaja sebab sekarang saya belum sedia untuk berbuat demikian. Apa-apa pun Bella minta semua doakan yang baik-baik, semoga semua urusan saya dipermudahkan,” ujarnya.
Menerusi sumber, penyanyi lagu Peluang Kedua itu mungkin bakal mendirikan rumah tangga pada 18 November dan majlis resepsi akan diadakan di sebuah resort mewah di Pahang. Untuk rekod, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 31 dikhabarkan bertunang pada Ogos lalu tetapi memilih untuk tidak mengiya atau menafikan gosip tersebut.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.