Tahun 2023 agak mencabar, Noorkhiriah dedah 6 bulan dia tak menerima tawaran berlakon

Aktres prolifik, Noorkhiriah, 45, mendedahkan dia tidak menerima tawaran lakonan selama enam bulan. Menurut pemilik nama Noorkhiriah Ahmad Shapie ini, sepanjang setengah tahun melalui fasa terbabit, beberapa produksi yang menghubungi bertanyakan jadual namun selepas itu ada yang senyap tanpa khabar berita. “Sebenarnya, tahun 2023 agak mencabar untuk saya dan rakan-rakan lain. Sedar tak sedar, hampir enam bulan saya tiada tawaran lakonan. Memang ada beberapa produksi yang bertanya mengenai jadual seni, tapi tiba-tiba tak jadi pula nak tawarkan saya berlakon.

“Sebelum saya ulas lebih lanjut, saya minta maaf terlebih dahulu. Ada yang memberitahu nama saya tidak terpilih selepas dicadangkan, tetapi saya kesal apabila ada produksi yang terus sepi tanpa sebarang khabar dan membiarkan ia tergantung selepas memberi harapan. “Saya tak mahu mengeluh tetapi ini kerjaya seni yang menjadi drh daging saya. Memang saya minat berlakon. Tapi apabila saya renung semula sudut positif, saya anggap setiap yang berlaku ini pasti ada hikmah. Mungkin Tuhan nak saya luangkan masa bersama anak-anak dan suami,” katanya. Kembali rancak menerima rezeki dan tawaran, Noorkhiriah bakal membintangi filem Gadis Felai yang melibatkan usahasama Malaysia dan Indonesia terbitan Teguh Setanding Sdn Bhd, PT Sinemart dan Sheunik Sdn Bhd.

“Syukur kepada Allah, selepas melalui fasa sukar selama enam bulan, saya diberi tawaran untuk menjayakan filem Gadis Felai. Sangat mudah bekerja dengan penerbit, mereka ‘lock’ tawaran ini dan terus memberikan deposit bayaran sebagai tanda jadi. “Biarpun wataknya tidak besar, tetapi saya suka karakter yang diberikan. Saya juga teruja untuk bergandingan dengan pelakon lain dari Malaysia dan Indonesia seperti Isyariana, Tsania Marwa, Renald Ramadhana, Azrel Ismail, Zaryn Min dan ramai lagi,” katanya.

Filem Gadis Felai dijangka menemui penonton di pawagam tahun depan mendapat sentuhan daripada pengarah Zamri Zakaria. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version