Minggu lalu industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon terkenal, Allahyarham Badrul Muhayat yang pergi menghadap illahi dalam tidur di sebuah homestay yang terletak di Pulau Pinang. Terbaharu, tularnya video memaparkan rakan pelakon, Didie Alias yang sebak mengenangkan kenangan manis bersama Arwah Badrul di Instagram (IG). Menurut Didie, Allahyarham merupakan seorang individu yang mempunyai budi pekerti yang sangat baik sepanjang perkenalan mereka sejak beberapa dekad yang lalu.
“Waktu nak kebumikan arwah, memang nampak muka dia tenang pasalnya dia memang orang yang baik. Arwah memang orang yang sangat peramah, pergi mana-mana pun sentiasa senyum. Bila dia meniaga sama-sama dengan saya semua orang akan ditegurnya, semua orang disapanya. Dia selalu kata pada saya, ‘Didie, kau jaga diri tau aku sayang kau’. Perkataan ‘sayang’ antara kawan-kawan ni menunjukkan yang kami ni dah macam satu keluarga dah.” Tambah pelakon drama ‘Takdir Yang Tertulis’ itu lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana dapat memberikan penghormatan buat arwah teman baiknya itu buat kali terakhir di majlis pengebumian pada Ahad lalu.
“Waktu saya dapat berita arwah dah meninggal saya minta nak tengok gambar dia buat kali terakhir sebab dia memang rapat dengan arwah bekas suami, Ridzuan Hashim. Saya pun sangat kenal dengan ibu dan adik-beradik arwah yang lain. Ya lah, susah senang kami selalu bersama dari dulu lagi. Alhamdulillah Allah dengar permintaan kami untuk kebumikan arwah di Kuala Lumpur. Dapatlah kawan-kawan yang lain tengok arwah buat kali terakhir.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengatakan bahawa Allahyarham Badrul merupakan seorang artis yang sangat peramah kerana tidak lekang dengan senyuman setiap kali berjumpa dengan para peminatnya. Lebih meruntun hati apabila terdapat satu komen yang mendedahkan kebaikan Allahyarham yang selama ini dilakukannya secara senyap tanpa pengetahuan orang lain. “Insan yang bermurah hati. Hari dia meninggal, dapat tahu dia merupakan salah seorang yang pernah menderma di surau taman kami.”
Semoga roh Allahyarham Badrul Muhayat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.