Diganggu sejak bulan ogos, Puteri Sarah dedah akhirnya kantoi individu disebalik nama Mastura

TINDAKAN seorang individu dikenali sebagai Mastura yang meminta aktres Puteri Sarah Liana membuktikan dia adalah salah seorang ahli keluarga pelakon Kazar Saisi mengundang padah. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan pemilik akaun Instagram berkenaan secara tidak langsung sudah mendedahkan identitinya kerana dia tidak pernah menyebut nama sesiapa. “Tiada siapa yang tuduh awak. OMG! Awak mengaku sendiri dekat sini. Bodohnya.

“Sudahlah… Awak dah mengaku percuma dekat sini. Tak pernah ada sesiapa sebut nama sesiapa dekat sini. Akhirnya awak sendiri yang mendedahkan,” katanya. Puteri Sarah memberitahu perkara itu sebagai membalas komen ditinggalkan Mastura dalam salah satu hantaran di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu Mastura sepatutnya berasa malu kerana ‘meroyan’ di Instagram miliknya setiap hari. Secara sinikal, Puteri Sarah meminta individu berkenaan mendapatkan pekerjaan dan melakukan perkara lebih baik dalam kehidupannya.

“Malulah meroyan komen dekat Instagam saya setiap hari. Get a job. Get a life. Akhirnya Allah tunjuk siapa kau,” katanya. Sementara itu, Puteri Sarah mendakwa dia sebenarnya tahu siapa individu di sebalik akaun Instagram @mastura_la1 malah sudah mendengar suaranya. Bagaimanapun katanya, akaun tersebut bukan digunakan oleh seorang sebaliknya boleh diakses oleh individu lain. Sebelum ini, Mastura dalam komennya meminta aktres itu memberi bukti dia adalah ahli keluarga Kazar selain mendakwa bekas isteri Syamsul Yusof itu menarik balik samannya kerana tiada bukti.

Individu berkenaan memberitahu isteri Syamsul iaitu Ira Kazar mendapat pahala disebabkan fitnah dibuat aktres itu. Puteri Sarah mendedahkan sering diganggu Mastura sejak Ogos lalu apabila dia kerap meninggalkan komen kurang senang terhadap dia. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version