Makin banyak bukti, kali ni tular rakaman suara antara Alif Teega dengan Aisyah Hijanah

Sejak beberapa hari lalu, kisah polemik rumah tangga antara Aisyah Hijanah dan suaminya, Alif Teega menjadi tatapan dan perbincangan dalam kalangan warganet. Dari kisah berkahwin dua sehingga laporan perubatan dari sebuah klinik didakwa menerangkan keadaan Aisyah yang dikasari oleh suaminya, pelbagai drama ‘dalam kain’ terbongkar satu demi satu. Hari ini, muncul pula rakaman suara, didakwa milik Aisyah dan Alif yang dihantar dalam bentuk voice note menerusi aplikasi Whatsapp. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran suara Aisyah memberi amaran kepada Alif selepas Alif dikatakan melakukan kekasaran kepada isterinya. Suara lelaki: “Tak payahlah, abang tak cerita apa-apa dekat social media.” Suara wanita:“Hari ni abang akan masuk lokap, hari ni. Sebab abang hentak kepala abang dekat tepi kepala Aisyah tadi kan? Khadijah nampak. Aisyah tak start physical abse eh”. Suara lelaki: “Aisyah yang mula dulu. Aisyah banyak kali dah hina abang. Aisyah kata Aisyah dah tak hormat abang sebagai suami. Mana abang tak marah? Abang pegang tangan Aisyah, Abang cakap elok, Aisyah jangan, jangan hina abang dekat Khadijah, Aisyah hina lagi.”

Suara perempuan:“Bagus lbm tangan Aisyah, bagus bagus. Hari abang akan masuk lokap.” Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November lalu. Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran. Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri. Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version