Tak berkawan bukan bererti musuh, ini pula respon Fazura bila Neelofa nak berbaik

PELAKON Nur Fazura menjelaskan naratif ‘perang dingin’ di antaranya dengan pengacara Neelofa seperti yang digembar-gemburkan tidak benar. Fazura atau Nur Fazura Shariffuddin, 40, sebaliknya berkata, sekiranya dia tidak berkawan dengan seseorang itu bukan bererti mereka saling bermusuh sebaliknya lebih mengutamakan keizinan suami atas dalam memilih rakan. “Naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. Klik sini untuk lihat video.

“Sama juga seperti orang lain, Faz (Fazura) berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan,” katanya. Fazura berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Khamis. Kenyataan itu dibuat selepas Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, meluahkan hasrat bertemu dengan Fazura bagi menyelesaikan sengketa yang berlaku di antara mereka sejak 13 tahun lalu.

Kata Neelofa, sudah tiba masanya dia meletakkan noktah terhadap salah faham yang berlaku selain sudah penat berdepan dengan warganet yang gemar mengapi-apikan mereka berdua. Dalam pada itu, Fazura berkata, dia dan keluarga sudah menjadi mngsa cacian dan fitnah peminat fanatik selama bertahun-tahun termasuk melibatkan suaminya aktor Fattah Amin. Malah kata Fazura, tidak cukup dengan itu, anak perempuannya Nur Fatima Aisya, 3, turut menjadi mngsa kritikan warganet.

“Saya, Fattah dan keluarga kami menjadi mngsa cacian dan fitnah para peminat tegar ini. Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi saya dan suami terus fokus kepada kerjaya dan kehidupan kami. Kini, Fatima juga menjadi mngsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?,” katanya. Menjelaskan isu dia kononnya pergi berhibur di sebuah kelab, Fazura menjelaskan dia hanya menjawab soalan diajukan oleh pihak media ketika ditemui pada sidang media majlis Ngopi Bersama Fazura Ahad lalu.

Kata Fazura, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk memulakan sesuatu yang tidak produktif meskipun digambarkan seolah-olah dia memulakan isu tersebut. “Sejujurnya saya hanya menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti. Respon Faz adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah Faz yang memulakannya. Untuk apa?

“Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian… Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah kepada saya dan keluarga selama ini,” katanya. Sementara itu, Fazura mendoakan semua pihak meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan Allah SWT. Menjadi harapannya juga agar semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat. “Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredaan Allah SWT.

“Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat, mudah-mudahan. Amin,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version