Ada yang berikan kata kata semangat, Shila Amzah luah dah penat dengan karier ank seni yang diceburi dari bangku sekolah

Penyanyi, Shila Amzah mengakui dirinya kini berada dalam keadaan sangat penat dengan karier sebagai seorang anak seni yang diceburi sejak dari bangku sekolah lagi. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah telah membuka ruang soal jawab yang membolehkan warganet berinteraksi dengannya. Shila menyatakan bahawa dia sedang mencari kekuatan, lalu salah seorang pengikutnya dilihat memberikan kata-kata semangat.

“Awak boleh melakukannya Sha, sebab awak pernah buat sebelum ini. Dahulu awak mampu bertahan dan sudah semestinya awak boleh menghadapinya lagi.” Penyanyi berusia 33 tahun itu kemudian memberi respon dengan mendedahkan situasi yang sedang dihadapinya ketika ini. “Saya ‘burnout’, saya tidak pasti jika saya buat keputusan yang tepat untuk kerjaya saya. Saya sering mempersoalkan diri saya sejak kebelakangan ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk memperbetulkannya.”

Bagaimanapun, Shila tidak mendedahkan secara terperinci apakah punca dia mengalami keletihan melampau dan berfikiran seperti itu. Namun tinjauan mendapati pelantun lagu Patah Seribu itu telah pun memadam hantaran berkenaan. Terdahulu, persembahan Shila dan Syahir pada minggu ketiga Famili Duo 3 (FD3) berada di tangga tercorot apabila memperoleh markah hanya 42.5 % selain mendapat teguran daripada pihak juri. FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version