Setuju bila trofi ikon belia tak diberikan, Baby Shima sindir Zhiddin Aziz supaya jaga tepi kain sendiri

PENYANYI Baby Shima bersetuju apabila trofi Ikon Belia Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (ABPN) tidak diberikan kepada personaliti media sosial Zhiddin Aziz pada 11 November lalu. Shima atau Nor Ashima Ramli, 31, turut menempelak Zhiddin susulan namanya didakwa menciplak beberapa ayat daripada teks juara dunia dalam pertandingan pidato sebelum ini. Malah secara sarkastik menyifatkan tindakan mencuri ayat tanpa memberi kredit kepada penulis asal seolah-olah tidak mempunyai harga diri. “Dahlah menangis tak dapat anugerah, lepas itu menciplak karya orang pula.

“Katanya ada harga diri, meniru karya orang itu ada harga diri ke?,” soalnya. Shima meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory miliknya pada Jumaat. Menerusi hantan lain, Shima turut menyindir Zhiddin agar tidak menjaga tepi kain orang lain dan hanya memberi fokus kepada diri sendiri selepas ini. “Lain kali jangan sibuk hal orang, padan muka! Orang tak kacau kau, nak sibuk sangat kacau Shima. Terpaling ikon! Jangan asyik buat konten tentang hal orang lain dan jagalah tepi kain sendiri, jangan sampai terselak,” ujarnya.

Luahan sindiran Shima itu dipercayai dibuat susulan Zhiddin sebelum ini pernah menegur cara berpakaian Shima yang dianggap tak patuh perintah Allah. Khamis lalu, nama Zhiddin terus menjadi bualan apabila didakwa menciplak beberapa ayat daripada teks pidato karya asal, Khairul Afsan. Sebelum ini, Zhiddin yang juga anak kepada personaliti televisyen Allahyarham Aziz Desa mencetuskan kontroversi apabila mendakwa trofi Ikon Belia yang sepatutnya menjadi miliknya digugurkan pada saat akhir.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version