Siti Bainun turun berat badan mendadak bila 6 bulan ditahan, berat dari 150kg turun ke 90kg

Penampilan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi ini (Selasa) bagi mendengar rayuan untuk pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella telah menjadi tumpuan ramai. Ini kerana berat badannya dilihat makin susut dan difahamkan telah mengalami penurunan berat badan kepada 90 kg daripada 150 kg ketika ditahan pada 3 Mei lalu. Itu bermakna Siti Bainun telah mengalami pengurangan berat badan sebanyak 60 kg dalam masa enam bulan.

Pengasas kepada Rumah Bonda ini dilihat hadir dengan memakai jubah berwarna merah jambu dan dibawa ke mahkamah dengan diriingi oleh anggota penjara. Terdahulu, Siti Bainun dijatuhi hukuman pnjra 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Keputusan itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi selepas mendapati pihak pembelaan Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dua pertuduhan tersebut.

Pihak mahkamah juga menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan hukuman pnjr 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Dengan itu, dia telah menjalani hukuman penjara serta-merta di Penjara Kajang bermula tarikh disabit dengan kesalahan tersebut. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version